Faktor E-Wallet Tidak Digunakan Sepenuhnya

Sehingga kini, lebih kurang 50 pemain E-Wallet yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. Ini saingan sengit diantara pemberi perkhidmatan nir tunai di Malaysia. Walaupun begitu, penerimaan E-Wallet dikalangan rakyat Malaysia umumnya semakin meningkat dengan anggaran 15 juta pengguna menurut The Star. Banyak faktor-faktor yang mungkin menyebabkan penggunaan E-Wallet ini masih kurang bagi kaedah pembayaran alternatif bagi rakyat Malaysia.

“In terms of number of users, there are a total of 89.86 million e-money users as at October, out of which 47.11 million are network-based.

Assuming an average of three e-wallets per user, this translates to around 15.7 million Malaysians, which is around 48% of the country’s population of 32.6 million. The Star “

Faktor E-Wallet Tidak Digunakan Sepenuhnya : Integrasi Antara Bank Tempatan
Pada pendapat saya, ini merupakan kekangan utama yang menyebabkan E-Wallet tidak dijadikan pilihan utama pembayaran. Integrasi E-Wallet dengan akaun pengguna hanyalah sekadar fungsi ‘top-up’ dan tidak boleh pindah wang kedalam akaun bank semula. Dengan kekurangan ini, para peniaga kecil tidak dapat menggunakan menyeluruh E-Wallet ini kerana mereka perlu untuk mengeluarkan wang yang dibayar untuk membeli bahan mentah, perbelanjaan perniagaan dan lain-lain lagi.

Faktor E-Wallet Tidak Digunakan Sepenuhnya : Penggunaan Terhad
Ada diantara E-wallet yang tidak memiliki kad pembayaran fizikal dan kebanyakkan hanya boleh digunakan pada perniagaan tertentu sahaja. Seperti yang sedia maklum, tidak semua rakyat Malaysia mempunyai akses untuk membeli di perniagaan terpilih. Sebagai contoh AEON yang mungkin tidak terdapat di kawasan luar bandar atau Lazada Wallet yang hanya boleh digunakan didalam talian sahaja.

Faktor E-Wallet Tidak Digunakan Sepenuhnya : Kurang Pendedahan
Pendedahan yang lebih menyeluruh kepada masyarakat luar bandar untuk menggunakan E-Wallet. Mungkin Insentif Penjana RM 50 E-wallet boleh mempercepatkan penggunaan E-Wallet di Malaysia. Dengan permintaan yang tinggi, perniaagaan turut akan mengikut trend menggunakan nir tunai samada di pasar malam, ceruk kampung dan pedalaman.

Leave a Reply