Lawatan Demonstrasi Celcom 5G UUM Sintok

DTL menerima kunjungan daripada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama delegasi daripada UUM yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Zarifah Abdullah (Director of IMBRe), LADA dan Pejabat YB Exco pada 24-25 Jun 2020. Lawatan berkaitan projek Demonstrasi 5G melibatkan beberapa pusat rujukan utama iaitu 5GCC, Mardi Agro Technology Park, Berjaya Langkawi Resort, Pusat Internet (Kg. Padang Wahid) serta Dermaga Tanjung Lembung yang dijadikan rujukan bagi mengukur keupayaan jaringan Celcom – Geo Fencing & Smart Perimeters, Celcom – Smart Tracking For Water Vessels dan Celcom- Digital Boundry Control yang telah dilancarkan di DTL bermula Januari 2020.

DTL turut menerima kunjungan rasmi daripada YB Wan Romani, Exco Negeri Kedah pada hari berikutnya atas tujuan sama. DTL amat berbesar hati menerima kunjungan ini bagi berkongsi pengalaman dan teknologi yang dilancarkan.

Leave a Reply